Dalam situasi pertarungan senjata nyawa menjadi taruhan dan penilaian terhadap senjata dan jarak adalah sangat penting. Contohnya jika kita menggunakan kerambit dan pihak lawan menggunakan parang, maka kita berada dalam kelemahan (disadvantage) apabila pihak lawan akan cuba mengekalkan jarak sederhana yang efektif untuk parang sedangkan kerambit sesuai untuk jarak rapat. Oleh itu analisa sebelum pertarungan adalah sangat penting. Kenalpasti senjata di tangan anda dan pihak lawan dan dapatkan jarak efektif.
Secara amnya jarak efektif senjata terbahagi kepada 4:
1. Jarak rapat
- Kerambit- Kapak siam
- Buku lima
2. Jarak dekat
- keris- Pisau, belati, tumbuk lada
- Golok pendek
3. Jarak sederhana
- parang- pedang, sundang
- keris panjang
- kapak
- tekpi
3. Jarak jauh
- tombak- tongkat dan kayu
- pedang panjang
Tips Penggunaan Senjata
1. Hanya untuk situasi mengancam nyawa sahaja. (Life or death situations). Elakkan pertarungan seboleh mungkin.2. Lawan hanya jika yakin menang. Lari jika sebaliknya
3. Jangan mengeluarkan senjata jika tak sanggup untuk menggunakannya kerana adat berlawan senjata membunuh atau terbunuh. Cedera atau mencederakan.
4. Sentiasa anggap pihak lawan pakar dengan senjatanya. Jangan memandang rendah terhadap lawan.
5. Perlawanan senjata biasanya berakhir dengan pantas. Setiap gerak adalah penting.
6. Latihan di gelanggang biasanya menipu pesilat. Situasi sebenar sangat berbeza.
7. Jangan lawan dengan senjata yang anda tidak pernah berlatih menghadapinya. Jangan gunakan senjata yang anda tidak mahir.
8. Senjata yang terbaik ialah senjata yang ada di tangan bila anda memerlukanya. Rujuk artikel 4 Senjata Praktikal Zaman Ini
Video dari Silat Sufian dari Guru Maul
No comments:
Post a Comment