Monday 25 May 2015

OneSilat Championship



OneSilat Championship adalah kejohanan silat yang dianjurkan oleh Malaysia yang dipertandingkan di peringkat global. Memandangkan silat telah tersebar di segenap dunia, OneSilat Championship cuba menganjurkan satu konsep perlawanan yang sesuai untuk semua jenis silat tanpa mengorbankan kesenian dan keaslian silat.

Jika dilihat pada kejohanan beladiri lain seperti UFC dan MMA yang bersifat terbuka. OneSilat tampil dengan satu kejohanan baru yang berkonsepkan silat dengan teknik dan undang-undang baru yang sejajar dengan teknik silat.

OneSilat mendapat kritikan hebat oleh peminat silat tempatan yang mempertikaikan persembahandan pemakaian dan menganggap OneSilat kehilangan seni dan budayanya

. Walaubagamanapun saya sangat optimis dan menyokong OneSilat dan langkah pembaharuan yag dijalankan bagi memperbolehkan Silat dipertandingkan di peringkat dunia.

Dijadualkan sebanya 5 acara dalam tahun 2015, nantikan kemunculannya.





Layan Lagu Tema




1 comment:

  1. Konsep dan pelaksanaan lebih kurang dengan mma & silat olahraga. Takda menampakkan identiti silat pun, cuma sekadar "rebranding" sahaja untuk buat pertandingan, kaut untung & buat duit.

    ReplyDelete